10 November, 2009

729

Ini cerita minggu lepas.
Bagaimana pB dan keluarga menghabiskan masa pada hari sabtu lepas.

Sabtu pagi tu , kita orang ke Negeri Sembilan.
To be specific , we when to Batu Kikir.
Kenduri boss aBear.









Tak pernah lalu jalan Bukit Putus nie.
Selalu dok baca dalam Blog Bro Zino.
Perjalanan macam nak ke Genting pun ada.
Nak ke Cameron Highland pun ada jugak.
Berpusing pusing.
Rasanya balik Kelantan pun tak macam nie.

Sapa lebih putih???
Penumpang kah ?
Atau pemandu kah??


Ini keadaan highway masa pulang dari Batu Kikir.
Agak sibuk dengan penyokong penyokong N9 .

Sampai rumah , tepat tepat waktu Asar.
Solat asar , dan keluar lagi.

Kali ni , kami semua ke Jeram.
Adik nak belanja makan.
Kebetulan pulak , mak sedara dari KB pun ayah.
Tok Ayah pun ada.




Permandangan di Jeram waktu petang.
Cantik kan ....

Antara menu yang kita orang 'bedal'

Kerang Bakar


Inilah mak sedara pB yang datang dari KB.
Yang blur tu Tok Ma.



Kepah Bakar

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Kailan Goreng Ikan Masin

Sup Ketam.
Yang tak sempat ambik gambar , Ikan Siakap Kukus.
Memang tak sempat , sebab masing masing dah start mengganas.

Balik umah , terus ke klinik.
Si Nurin pulak demam.

Demam sebab satu hari berjalan.

09 November, 2009

728

Pagi ni punyalah kelam kabutnya ....








Bangun awal , 6 pagi dah sedar. Cheh , bangun jam 6 pagi pun nak riuh. Orang lain bangun pukul 5 tak bising pun. pB bising ler sebab pB jarang bangun jam 6. Biasanya jam 630 am baru jaga.








Pagi ni nak ke LCCT hantar Tok Ayah. Tok Ayah mai sini hari khamis lepas. Flight Tok Ayah jam 11 pagi. pB punya plan jam 730 pagi. Tok Ayah dok ingat jam 8 pagi baru nak keluar umah.








On the ke LCCT pulak , mengalami kesesakan jalan raya. Ada lori air batu terbalik. 2 lane jadik satu lane. pB kalau nak ke LCCT , pB ikut jalan belakang jer. Tak ambik Highway PLUS tu pun. Ikut PutraJaya , lalu depan PICC then arah Bandar Salak Tinggi. Safe sikit duit tol.








Selamat sampai LCCT jam 900 am. Bye bye , cium cium , peluk peluk terus patah balik hala ke Puchong. Tak leh tunggu lama sebab techinician Panasonic nak datang umah. Peti sejuk buat hal lagi. Padahal bulan 6 hari tu dah masuk workshop. Bulan ni sakitnya datang semula.

Sempat singgah minum jab kat kedai mamak kat Puchong Utama. Sekeping roti canai share tiga orang. Bukan sebab kedekut tapi sebab rasa macam dah rushing sangat. Selera makan pun dah kurang.

Sampai umah , techician tu dah ada dah. Dok operate perut peti sejuk tu. Tapi , katanya hari ni dia tak leh nak buat sebab ais terlalu tebal. Peti sejuk tu perlu dioffkan dahulu dan biarkan ais tu cair baru dia boleh bukak all the isi perut. Kalau dipaksa-paksa , dia risau nantikan ada pulak usus usus yang putus.

Bila dah jadi macam tu , kena pulak transfer semua barang dalam peti sejuk tu kedalam frezer. Tak kan nak tinggalkan macam tu pulak. nantikan tiga hari empat malam , Tok Ma tak berhenti bagi ceramah percuma. So , kenalah simpan segala neka barang tu dulu.

Masa tu dah jam 1030 pagi.Lewat lewat memang lewat lar masuk pejabat. Sib baik perjalanan dari rumah ke pejabat , tak sangkut. Selamat sampai pejabat jam 11 pagi. Punch dan isi borang lewat datang ke pejabat.

Jab lagi , pukul 12 tengah hari , nak keluar ke CyberJaya pulak. Ada seminar kat situ. Actually seminar tu tak ada kaitan dengan kerja pun. Ceramah tu lebih kepada kekeluargaan. Penceramahnya ialah Haji Hushim B Haji Salleh. Dan tajuk nya pula ialah 'KELUARGA INTIM".

So , better stop dulu sebab dah pukul 12 tengah hari. pB see u all esok nyerrrr...
Chowwww chinnnn chowwwww

08 November, 2009

727

Agak agak semalam

berapa ramai yang kaya

dan berapa ramai yang jadi miskin ....


Masih adakah lagi pertaruhan haram ?????

07 November, 2009

725

Menurut kata Hasbullah Awang, stadium Bukit Jalil dipenuhi 70% penyokong pasukan Merah Putih.

Di rumah ini pula , tak pernah pernah kita orang ikuti perlawanan bola sepak , tetapi disebabkan pasukan Kelantan yang bermain , semuanya mengadap tb. Anak anak dan Tok Ma dibawah , manakala pB dan aBear di atas.

Tapi , apabila gol Kelantan telah ditembusi sebanyak 2 gol , aBear terus tutup tB. Katanya jam 10 malam nanti baru kita on semula tB tu ....

Harap - harapnya apabila pB 'on' tB jam 10 malam nanti , ada Berita Baik buat Kelantan.
Jangan bertambah lagi angka , sudahlah ....



Bia' nga'puh lah orghe Klatae turun Bukit Jalil malae nie.
Bia' nga'puhl ah dengae anak anok pB hok dok ngapa tB kelih BOLA tu ....



Nota tambahan ...

Sedih la jugak.
Walaupun bukan peminat fanatik bola, tapiiiii mengharap jugaklah Piala tu boleh dibawa pulang ke Negeri Che Siti Wan Kembang.
Dah ketentuan Allah , masih belum reseki Kijang.
Insyaallah , tahun hadapan cuba lagi.

Dengar cerita Tok Guru berada di IJN sekarang ni. Jangan lah ada peminat fanatik melakukan perkara yang memalukan Negeri Kelantan dan juga memalukan Tok Guru.
Kalau dah kalah , terima aja takdirnya itu.

Tahniah kepada Negeri Sembilan.

06 November, 2009

725

aBear asyik dok tanya


"Dah mintak tukar ke belum?"
"Kalau nak mintak tukar , mintak lar cepat cepat..."


pB pulak

hati asyik dok berbalik balik....

Kalau tukar , ok gak , sebab dpt ilmu baru.
Kalau tak tukar pun ok gak , sebab office nak renovate baru. Nak gak merasa dok office baru.


Tukar ke tak ??
Tukar ke tak ??

Tapi nak tukar ni , bukan perkara mudah. Nak kena dapat persetujuan dari AGM dulu. AGM lak , esok dah nak gie buat Haji ....
Kalau AGM bagi Syarat
Setuju tapi dengan ada pengganti ,
memang tak ada harapan ler.

Hmmmm ...
Dilemma sungguh nie

724

DIcopy paste dari email yang pB dapat dari seorang teman.
KALAU TUHAN TU BAIK , KENAPA BUAT NERAKA ?????
Ini kisah benar..


Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini,
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,
ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya,
kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..
kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.
Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?";
tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.
Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..
semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Assalamu'alaikum."

04 November, 2009

723


Hari tu , pB tengok Orpah Show.

Isu : Why Man Main Kayu Tiga ???

Jemputan Oprah malam tu , seorang penulis .


Menurut kata penulis ni (by the way , writer ni sorang lelaki)


Dalam hidup lelaki , dia perlu ada


1) LOVE


2) SOKONGAN/SUPPORT


3) SEKS



Kalau salah satu ni , tak ada , maka lelaki akan mula mencarinya walaupun dia sudah beristeri atau punyai kekasih.


Love , semua orang tahu apa itu love. Begitu juga hubungan intim . Sokongan itu pula , katanya datang dalam pelbagai bentuk. Memberi pujian juga merupakan sokongan.


Contohnya :


Our man buat kerja or projek kat pejabat. Dan he's doing a really good job. Bila dia balik ,dan dia bercerita , dan isterinya buat tak tau jer , or did not say something nice , maka dia akan sedikit kecewa. Then , bila dia ke tempat kerja nya , dan ada awek awek yang puji dia diatas kerja yang dia buat tu , itu pun boleh menyebabkan dia beralih arah.....


Pendapat pB pula ,


wanita pun perlukan tiga perkara diatas. Kalau salah satunya hilang , besar kemungkinan juga , wanita itu boleh bermain kayu tiga.

Tak gitu????

03 November, 2009

722

Kalau waktu memandu , pB suka dengar FLYFM.
Walaupun , lagu yang depa dok pusing tu lagu sama jer , tapi kira orait lagilah.
pB suka dengar perbualan Dj Nadia , Ben dan Prem tu.
Santai jer.
Isu pun tak lah berat mana pun.

Pagi ni , Prem dok cerita.
Mana entah dia baca , mayb kat internet kot.

Ada sorang celebrity ni , orang putih lah kan , kalau tak silap pB , pemain bola sepak.

Dia dengan dua orang lagi kawan pie makan tengah hari kat satu restoran ni. Depa order the finnest white wine dan banyak lagi makanan (makanan omputih , tak reti nak sebut pun).

Untuk makan tengahari selama 79 minit (sejam lebih sikit jer nie) , bil mereka mencicah harga





RM SERATUS ENAM PULUH RIBU !!!!!!!!!!!!!!!!!!.





Service Charge saja RM EMPAT RIBU.

Kalau kat sini , RM160 ribu tu dah boleh beli RUMAH TERESSSSSSS ....

Ayooooooo ......

Banyak sungguh lar pitih demo nie ........

Baghu ni g makae kat Seoul Garden keno 65rial pun , sero nok cekik doh.



02 November, 2009

721


Hari khamis lepas , Pb dan aBear bercuti. Depavali kan jatuh pada hari sabtu jadiknya tempat kita orang bekerja , bagilah CUTI GANTI. CUTI GANTI ni kena ambil dalam masa sebulan. Tahun ni Depavalee jatuh pada 17hb Oktober (hari SABTU) , jadi sebelum 17hb November kita kena ambil. Kalau tak ambil , cuti tu lenyap macam tu jer, HANGUS !!!!!


Pada malam sebelum cuti , pB dah bagitahu pada aBear yang pB nak cuba nasi lemak yang femes kat Kay El. Nasi Lemak TangLin. aBear punyalah tak mau sebab katanya dia pernah dapat email yang dok cerita tempat tu kotor dan tauke nyer Cha Ya Nun Alif.

pB punyalah tak puas hati , terus sms dengan bro Zino.
Bro Zino ni kan kira macam Datuk Bandar KL.


Antara sms balasan dari Bro

-> Nasi lemak tu melayu tp ada juga kedai cina situ.
-> Tempat tu jadi tumpuan cuba datang hari sabtu atau minggu ... ramai orang 90% melayu
-> Alasan tak nak pergi la kot he he he
-> Cuba layari website nasilemaktanglin.com utk menguatkan hujah ..


pB bgtau aBear , kita ke sana dulu , kalau tempat tu macam tempat yang dia dpt email , kita cancel dan makan kat tempat lain jer. Sib baik , hujah diterima.


Pagi tu merayau rayau lah kita orang. Jumpa Jalan Cendarawasih , then dia bawak pB ke Balai Polis Bukit Aman. Memanglah kat depan tu ada gerai makan , tapi itu bukanlah tempat nasi lemak Tanglin dijual. Sib baik. Pusing punya pusing , jumpa jugaklah gerai tu. Betul betul depan Poliklinik Tanglin.


Teringin nak makan ikan bakar ,
tapi tak masak pun lagi.
Awal sangat .....



Beratur dulu sebelum dapat makan.




Nak kata sedap sangat , tak lah jugak. Rasanya sedap lagi nasi lemak kat Restoran Gembira. Tapi oklah kan , sebab akhirnya dapat juga rasa Nasi Lemak Tanglin nie.

Lepas makan , kami ke One Utama. Dah lama tak ke sana. Sejak One Utama tu disambung sambung , memang tak pernah sampai pun.

Tak ada tujuan langsung pun sebenarnya , just nak habiskan masa bersama-sama. Masuk kedai , keluar kedai. Tak ada pun yang berkenan. Kalau berkenan , mahal la pulak. Nak tekan tekan siaBear , kesian pulak. Tengah tengah "pokai" ni. Dia ada gak cakap , belilah , kira hadiah harijadi , tapi tak sampai hati. Hu hu hu.

Biasanya kalau kitaorang lepak lepak , kita orang akan tengok wayang. Tapi sekarang ni , macam tak ada cerita yang best pun , so , tak lah masuk panggung.

Bila dah lenguh berjalan , perut pun lapar. Mula mula ingat nak makan kat The Chilli's tapi jumpa Seoul Garden. Dah lama tak makan ala ala steamboat nie. So, apa lagi ....


























So far so good makan kat Seoul Garden nie. Cuma bagi kita berdua , macam rugi sikit. Sebab kita orang bukanlah ada tangki yang besar. Makan sikit pun dah kenyang. Macam macam lauk pauk yang boleh dipilih. Daging , ayam. Kalau seafood pulak ada udang , ikan , sotong dan juga kepah. Perlbagai perisa yang mereka guna untuk bahan perapan. Ada tomyam , black papper , cili dan juga teriyaki.

Kalau tak nak yang heavy , salad sayur dan juga salad buah-buahan disediakan. Desert pula ada puding 2~3 jenis , ais krim pun ada. Kalau tak silap 6 jenis perasa ais krim. Kalau tak nak ais krim , kita boleh buat sendiri ABC atau Cendol. Air minuman pun ada 8 jenis. Pilih jer.

Pendek kata macam macam ada lah ..... Kalau nak kesini , sila pastikan perut anda kosong. Kalau tak rugiiiiiiiii . Nak berulang alik 100 kali ke food station tu , tak ada saper yang nak marah atau larang pun.

Lepas makan , jom kita balik. Masa kat One Utama tu , pB cuma beli roti jer kat Bahome Jaya Jusco. Apa daaaaaaa , itu jer yang beli. Buat rugi masa jer.

So , itulah yang pB buat masa cutii ganti hari tu .....


Note tambahan:

Semalam , for the first time , pB masak nasi beryani. Seumur hidup tak pernah pun buat , asyik reti makan yang dah siap jer. Senang gituk sebab guna perencah segera Nasi Beriani Gham keluaran Adami. Memang best. hi hi hi. Puji diri sendiri tuuuuuu ....

01 November, 2009

720


Alhamdulillah ....
Bila dah berehat dirumah , dikelilingi insan insan yang tersayang , hati dan akal pB menjadi tenang.

pB rasa keputusan yang telah dibuat itu merupakan keputusan yang TERBAik buat diri pB dan juga buat kehidupan pB.



Doa pB sekarang biarlah keputusan itu KEKAL hingga bila bila.
TIDAK berubah walaupun apa pun yang bakal mendatang.

I am happy now ....

30 October, 2009

719

Kadang kala , kita perlu menggunakan akal dan fikiran apabila kita membuat keputusan.
Terutama keputusan itu berkaitan dengan kehidupan harian dan orang kesayangan kita.

Tapi kadangkala keputusan itu amat susah untuk dijalani.
Bagaikan 'ditelan mati bonda , diluah mati walid'



718

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1-وجه جميل

1:wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak


3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik


4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat